English's note

Khamis, 18 Julai 2019

Bersalin di rumah?


Pengalaman bersalin part 2 . Assalamualaikum, kita sambung lagi kisah bersalin. Post lepas mengenai bersalin anak sulung di hospital. Namun, segalanya berbeza 2 tahun kemudian. Tanggal 26.12.2014, masa ni banjir besar di kelantan. Bah kuning nama diberi, kelantan di landai ujian . Kawasan yang tak pernah banjir pun banjir teruk . Dalam ujian itu, ada rezeki dan hikmah tersembunyi . 25.12.2014 saya masih berbahagia berjalan-jalan dengan suami untuk lihat kawasan banjir, rumah ibuayah kami dah putus bekalan elektrik, bekalan air, malam bergelap, nyamuk, panas, anak sulung pun meragam(gatal dek kerana nyamuk), due saya pulak 31.12.2019 . Hanya tawakkal sahaja, alhamdulillah kami diberi ketenangan menghadapi ujian itu, siap berpusing-pusing lawat kawasan banjir. 25.12.2014 kami ke Jeli, melihat suasana di sana , perut saya dah rasa semaxam, braxton hicks. Subuh jumaat 26.12.2014 tu keluar lendir dan darah, terus bersihkan dan solat subuh, contraction main-main dah mula. Saya ajak suami pergi hospital, suami diam je, buntu agaknya kerana jalan ke hospital dinaiki air, rumah kami tak naik air,namun kawasan sekeliling tak boleh dilalui. Mak saya ajak suami saya pergi rumah jururawat masyarakat yang bekerja di klinik desa. Misi tu sampai dalam oukul 8 pagi dan check jalan, dia cakap dah 5cm, kalau nak bersalin atas bot,silalah ke hospital..adehhh.. Tak nakkkkk.. Suami cakap bersalin kat rumah jelah, saya pum setuju dan mula bertenang . Kul 9pagi cobtraction makin kuat, saya berjalan ke hulu hilir sebab nak tahan kesakitan itu, kul 9.30pagi saya cakap nak poo poo .hahaha.. Misi suruh baring, baby pun keluar. Huh..berpeluh . Alhamdulillah, boboi boy kedua keluar..koyak lagi sebab angkat bontot. Jahit hidup-hidup tanpa bius ..Alhamdulillah rezeki masa banjir .walaupun situasinya sangat terasa susah, kami sekeluarga tenang menghadapinya.. Kami yang define, life is a choice, so choose lah ... Sakit kah bersalin tu? Kalau orang cakap tak sakit, sekali lagi saya cakap.TIPU .. Sekian, part 3 bakal menyusul kalau rajin.haha.

Rabu, 17 Julai 2019

Sakit ke bersalin?


Pengalaman bersalin- part 1 . Assalamualaikum netizen, . . 2019, saya dah 32 tahun, anak 3 dan semuanya lelaki, Anak sulung 7 tahun, kedua 5tahun dan paling kecil 2 bulan. Rasa macam baru semalam bersalin anak sulung. Saya ada sejarah "slipped disc"masa tu tengah buat master 2011. Tak kahwin lagi, saya kahwin 2012. Mujur ada orang nak.haha.. Okay-okay, back to the real matter. . Alhamdulillah, dipermudahkan urusan, saya bersalin semua normal walaupun dulu ada slipped disc. Anak sulung keluar tanda lendir darah, terus pergi hospital.semangat betul, walaupun tak ada sakit contraction. Ni namanya fear of unknown. 3 hari duk hospital kerajaan itu macam duk hotel, makan minum, sakitnya belum . Hari Khamis 11.10.12 kul 5 petang, doc cakap 4cm gitu, baru rasa contraction , ketuban doktor pecahkan, masuk labour room, lepas magrib contraction nya dah lain macam, sakit sengugut yang amat, nurse pulak relax je duk interview macam-macam, saja nak psycho la tu , isyak makin hampir dan suami diberi kebenaran masuk, around 8.45pm , malam jumaat itu, keluar si kecik sulung saya itu .. Kena epi dan doktor bius untuk jahit.. Siap suami azan kan, suami dah kena keluar.. Pastu nurse bagi air milo . Yeayy .. Pastu sakit ke bersalin tu? Kalau orang cakap tak sakit, sah dia TIPU. Bagi saya, sebenarnya memang sakit tapi cara penerimaan setiap orang berbeza, ibarat kena pisau kat jari, ada orang kata sakiat, ada orang kata tak sakit.. Ketahanan diri masing-masing menentukan definasi kesakitan itu . Mindset tu penting. . . Ni kisah anak sulung, anak kedua lain kisah pulak sebab bersalin kat rumah .. Nanti part 2 saya cerita. Sekian, Ummi yang nak jadi ummisolehah

Selasa, 16 Julai 2019

Tips tandas rumah bersih tanpa sental


Olla .. Dalam banyak-banyak kerja rumah, kerja rumah mana yang paling anda suka? Saya suka cuci tandas. Hihi.*me time* kononnya. Tapi kadang-kadang penat juga kalau mood dah ke laut . Okay lah, hari ni nak kongsi tips yang saya guna kalau mood kelaut nak cuci tandas tapi kena cuci jugak . Senang je . Bahan yang di perlukan: -clorox (ori tutup biru) - botol spray kosong (untuk spray a.k.a sembur) Itu je, letak clorox dalam botol tu, spray satu tandas, sebolehnya tutup la hidung, muka, mulut (nanti radang bau, bahaya pulak) . Tinggalkan tandas anda selama setengah jam jam. Buat kerja lain sementara menunggu tandas anda transform. Then, tadaaaaa.. Tandas anda siap berkilat tanpa kulat . Sembur tandas anda yang berbau cloroc itu dengan air biasa. Disclaimer: ini bukan iklan cloroc ya. Saja nak share untuk ringankan beban suri rumah .

Jumaat, 12 Julai 2019

Anak cepat membaca


O Assalamualaikum, Hari ini saya nak kongsi tentang pengalaman saya mengajar anak membaca. Tiada tip lain sebenarnya. Kuncinya adalah RAJIN . 5 minit sahaja diperlukan . Saya mula mengajar anak membaca agak lambat jugalah, 4 tahun baru kenalkan buku, 5 tahun baru la mula kenalkan huruf . Bahasa melayu atau Bahasa Inggeris, mahupun Iqra' , tiada beza, 5minit sehari pun jadilah, dedahkan mereka dengan buku. Sambil anak main pun boleh. Saya mula dedahkan mereka denga buku -iqra ( kulit pink tu) -Bacalah Anakku (BM) -Read Easy (BI) Alhamdulillah, masuk pra sekolah (6 tahun) dah boleh slow2 membaca. Anak saya lelaki, gigihlah sedikit, nak main je kerjanya.. Darjah satu dah boleh membaca tu alhamdulillah . Mungkin tak advance tapi orang kata pelan pelan kayuh. Ye dak? So, kuncinya pendedahan sesingkat 5 minit di usia emas mereka akan membantu mereka di masa depan.InsyaAllah.