English's note

Rabu, 17 Julai 2019

Sakit ke bersalin?


Pengalaman bersalin- part 1 . Assalamualaikum netizen, . . 2019, saya dah 32 tahun, anak 3 dan semuanya lelaki, Anak sulung 7 tahun, kedua 5tahun dan paling kecil 2 bulan. Rasa macam baru semalam bersalin anak sulung. Saya ada sejarah "slipped disc"masa tu tengah buat master 2011. Tak kahwin lagi, saya kahwin 2012. Mujur ada orang nak.haha.. Okay-okay, back to the real matter. . Alhamdulillah, dipermudahkan urusan, saya bersalin semua normal walaupun dulu ada slipped disc. Anak sulung keluar tanda lendir darah, terus pergi hospital.semangat betul, walaupun tak ada sakit contraction. Ni namanya fear of unknown. 3 hari duk hospital kerajaan itu macam duk hotel, makan minum, sakitnya belum . Hari Khamis 11.10.12 kul 5 petang, doc cakap 4cm gitu, baru rasa contraction , ketuban doktor pecahkan, masuk labour room, lepas magrib contraction nya dah lain macam, sakit sengugut yang amat, nurse pulak relax je duk interview macam-macam, saja nak psycho la tu , isyak makin hampir dan suami diberi kebenaran masuk, around 8.45pm , malam jumaat itu, keluar si kecik sulung saya itu .. Kena epi dan doktor bius untuk jahit.. Siap suami azan kan, suami dah kena keluar.. Pastu nurse bagi air milo . Yeayy .. Pastu sakit ke bersalin tu? Kalau orang cakap tak sakit, sah dia TIPU. Bagi saya, sebenarnya memang sakit tapi cara penerimaan setiap orang berbeza, ibarat kena pisau kat jari, ada orang kata sakiat, ada orang kata tak sakit.. Ketahanan diri masing-masing menentukan definasi kesakitan itu . Mindset tu penting. . . Ni kisah anak sulung, anak kedua lain kisah pulak sebab bersalin kat rumah .. Nanti part 2 saya cerita. Sekian, Ummi yang nak jadi ummisolehah