English's note

Khamis, 18 Julai 2019

Bersalin di rumah?


Pengalaman bersalin part 2 . Assalamualaikum, kita sambung lagi kisah bersalin. Post lepas mengenai bersalin anak sulung di hospital. Namun, segalanya berbeza 2 tahun kemudian. Tanggal 26.12.2014, masa ni banjir besar di kelantan. Bah kuning nama diberi, kelantan di landai ujian . Kawasan yang tak pernah banjir pun banjir teruk . Dalam ujian itu, ada rezeki dan hikmah tersembunyi . 25.12.2014 saya masih berbahagia berjalan-jalan dengan suami untuk lihat kawasan banjir, rumah ibuayah kami dah putus bekalan elektrik, bekalan air, malam bergelap, nyamuk, panas, anak sulung pun meragam(gatal dek kerana nyamuk), due saya pulak 31.12.2019 . Hanya tawakkal sahaja, alhamdulillah kami diberi ketenangan menghadapi ujian itu, siap berpusing-pusing lawat kawasan banjir. 25.12.2014 kami ke Jeli, melihat suasana di sana , perut saya dah rasa semaxam, braxton hicks. Subuh jumaat 26.12.2014 tu keluar lendir dan darah, terus bersihkan dan solat subuh, contraction main-main dah mula. Saya ajak suami pergi hospital, suami diam je, buntu agaknya kerana jalan ke hospital dinaiki air, rumah kami tak naik air,namun kawasan sekeliling tak boleh dilalui. Mak saya ajak suami saya pergi rumah jururawat masyarakat yang bekerja di klinik desa. Misi tu sampai dalam oukul 8 pagi dan check jalan, dia cakap dah 5cm, kalau nak bersalin atas bot,silalah ke hospital..adehhh.. Tak nakkkkk.. Suami cakap bersalin kat rumah jelah, saya pum setuju dan mula bertenang . Kul 9pagi cobtraction makin kuat, saya berjalan ke hulu hilir sebab nak tahan kesakitan itu, kul 9.30pagi saya cakap nak poo poo .hahaha.. Misi suruh baring, baby pun keluar. Huh..berpeluh . Alhamdulillah, boboi boy kedua keluar..koyak lagi sebab angkat bontot. Jahit hidup-hidup tanpa bius ..Alhamdulillah rezeki masa banjir .walaupun situasinya sangat terasa susah, kami sekeluarga tenang menghadapinya.. Kami yang define, life is a choice, so choose lah ... Sakit kah bersalin tu? Kalau orang cakap tak sakit, sekali lagi saya cakap.TIPU .. Sekian, part 3 bakal menyusul kalau rajin.haha.