O
Assalamualaikum,
Hari ini saya nak kongsi tentang pengalaman saya mengajar anak membaca. Tiada tip lain sebenarnya. Kuncinya adalah RAJIN . 5 minit sahaja diperlukan . Saya mula mengajar anak membaca agak lambat jugalah, 4 tahun baru kenalkan buku, 5 tahun baru la mula kenalkan huruf . Bahasa melayu atau Bahasa Inggeris, mahupun Iqra' , tiada beza, 5minit sehari pun jadilah, dedahkan mereka dengan buku. Sambil anak main pun boleh. Saya mula dedahkan mereka denga buku
-iqra ( kulit pink tu)
-Bacalah Anakku (BM)
-Read Easy (BI)
Alhamdulillah, masuk pra sekolah (6 tahun) dah boleh slow2 membaca. Anak saya lelaki, gigihlah sedikit, nak main je kerjanya.. Darjah satu dah boleh membaca tu alhamdulillah . Mungkin tak advance tapi orang kata pelan pelan kayuh. Ye dak?
So, kuncinya pendedahan sesingkat 5 minit di usia emas mereka akan membantu mereka di masa depan.InsyaAllah.