English's note

Jumaat, 6 November 2020

Cara memohon guru ganti 2020 -pengalaman sendiri

Assalamualaikum. Dah nak masuk hujung tahun dah 2020 ni. Penuh dengan kisah tersendiri. Ada yang senang, ada yang susah. Saya? masih mengejar cita-cita . Saya percaya, semua telah tertulis. Jadi, sabar dan doa. Okay, bermula september 2020 hari tu , saya dapat tawaran guru ganti. Guru ganti di sekolah Kebangsaan . Susah ke nak dapat? Kalau tanya saya, semua bergantung kepada rezeki. Kalau pakai kabel, tapi masa temuduga tak dapat jawab, tak dapat jugak. Jadi, kalau rasa nak apply, apply je, yang penting usaha nak apply tu. First thing first, 1) Call PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) yang kita nak tu. contoh, nak sekolah di kawasan gombak, call PPD gombak. Mana nak dapat no? Senang sahaja, GOOGLE. Taip lah PPD ...(yang mana kita nak). Lepas tu tanya boleh saya tahu procedure menjadi guru ganti di Sekolah di bawah PPD (PPD yang kita call tu) . Setiap PPD ada lah caranya. Ada yang suruh pergi sekolah mana yang kosong, tanya dulu. Ada yang suruh datanglah PPD isi borang. Jadi, bila dah tanya.follow lah step yang diberitahu. 2) Dah follow step yang di beritahu, tunggu je , jangan pulak duk call hari-hari tanya. Yee, faham.nak kerja. Kalau nak kerja, nak jadi guru, kena bersabar. Itu je sebenarnya. - macam saya haritu, saya call PPD Kuala Selangor, sebulan lepas tu dapat panggilan untuk interview.Pergi interview, dalam beberapa minggu dapat call, "awak nak tak jadi guru ganti sekolah ...." .Kalau rasa boleh bagi komitmen,katakan YA. Kalau sekolah jauh, tak berbaloi dengan gaji, Tak nak pun takpa, bukan kena blacklist nama pun. Kita jujur sahaja, rezeki kita mungkin tempat lain.Jangan susahkan diri apatah lagi susahkan orang lain. Pengalaman interview? Satu je, confident, kalau duk aaaaa..emmmm.aaaaa...emmmmm .Sekian terima kasih lah ya. Jawab bila di tanya, jangan duk menyampuk. tak tahu cakap tak tahu, jangan duk goreng,kecuali benda boleh goreng. Ok lah itu je..ada soalan? komen lah, nanti saya rajin saya jawab.